Kebijaksanaan Satu Pilihan Dalam Hidup

Pada 10 Januari 2015, saya berkesempatan untuk menghadiri satu konvensyen antarabangsa berkenaan kebijaksanaan (UIM International Convention on Wisdom) anjuran Universiti Islam Malaysia. Pengarah konvensyen ini adalah prof saya, Prof Dr Noor Inayah Yaa’kub. Pada mulanya apabila dijemput oleh Prof Inayah untuk menghadiri konvensyen ini, hati saya tertanya-tanya, apa sebenarnya konten konvensyen ini? Wisdom? Kebijaksanaan? Hikmah? Saya sendiri agar blur dan tidak jelas dengan pengisiannya. Namun ianya satu peluang untuk meneroka pengertian sebenar kebijaksanaan (wisdom) yang ingin disampaikan di konvensyen ini.

Speaker-speaker jemputan terdiri daripada sarjana-sarjana luar Negara dan dalam Negara. Satu kombinasi menarik yang pasti akan menyumbang kepada perkongsian ilmu daripada pelbagai perspektif. Antara tokoh-tokoh pemikir akademik dan korporat dalam dan luar Negara yang membentangkan kertas kerja adalah:-

1- YBhg. Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid (Pengerusi PNB) – The Islamic Mind: Contribution to Governance

2 – YBhg. Prof. Ulung Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan (UIAM) – Analysing the Heart of the Contemporary Civilisational Crises as Arising from the Crisis of the Heart: Sharing a Perennial Divine Wisdom

3 – YBhg. Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin (UKM) – Faith, Wisdom and Civilisation: The Embedding of Islam in the Malay World

4 – YBhg. En. Badlishah Abdul Ghani (CEO CIMB Islamic) – Simple Wisdom that Can Guide us forward through the Prism of Islamic Finance

5 – YBhg. Prof. Emeritus Datuk Shad Saleem Faruqi (UiTM) – New Directions in Higher Education

6 – Prof. Michael J. Morley (University of Limerick, Ireland) – International Management Scholarship and the Virtue of Contextual Wisdom

7 – Prof. Collin Powers (University of Queensland) – The Role Of Universities In Creating Global Harmony And Sharing Wisdom: Reflections On The Power Of Education

8 – Prof. Dr Amir Mahmood (Newcastle University Australia) -International Trade in Services: Challenging the Conventional Wisdom

9 – Prof. Dato’ Teo Kok Seong (UKM) – Persoalan Bahasa Pengantar dalam Pengajian Tinggi

10 – Prof. Tonaga Yasushi (Kyoto University) – Good and Evil according to Sufism and Pure Land Buddhism

11 – Prof. Dr Suhartono (University of Gadjah Mada) – Hikmah Kegemilangan Kesultanan Yogyakarta Hamengku Buwono IX, 1940-1988

Melihat kepada senarai sarjana-sarjana ini mengerunkan diri saya….haha, untuk seorang insan biasa seperti saya yang kecetekan ilmu pasti memberi cabaran untuk saya memahami perkongsian ilmu yang disampaikan. Seperti kata-kata Prof Inayah…perlukan ‘high level of knowledge’ untuk memahami ilmu yang disampaikan. Saya tersenyum dalam diam.

Seharian menuntut ilmu dari sarjana-sarjana ini memberi idea baru kepada saya dalam mendefinisikan kebijaksanaan dalam hidup insan biasa seperti saya. Kebijaksanaan (wisdom) mempunyai pengertian yang luas dan pastinya berbeza dari penafsiran setiap individu. Kertas kerja yang dibentangkan memang menarik dan ada setengahnya perlu saya ‘hadam’perlahan-lahan kerana penguasaan bahasa English saya yang sederhana saja. Yang penting, mesejnya sampai kepada saya.